Anwar serikan majlis perkahwinan MP Sungai Petani

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis perkahwinan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari di Sungai Petani.

Mohammed Taufiq, 28, yang juga anak keenam Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bertemu jodoh dengan Dr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendra, 26, yang berasal dari Indonesia.

Ketibaan Perdana Menteri pada majlis yang diadakan di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani pada pukul 12 tengah hari, disambut Johari dan isteri Puan Sri Noraini Mohd.

Perdana Menteri yang meluangkan masa selama sejam sempat menjamu selera sebelum beramah mesra dengan tetamu serta meluangkan masa bergambar dengan pengantin serta ahli keluarga.

Majlis turut dihadiri beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Ahli Parlimen selain perwakilan luar negara.

MENARIK:  PN sudah terima draf perjanjian peruntukan sekata

Perdana Menteri kemudian meninggalkan majlis pada pukul 1 tengah hari.

Beliau dijadualkan menghadiri dua program di Pulau Pinang hari ini iaitu lawatan ke Hospital Seberang Jaya dan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular