Anwar: Tiada bukti Iran guna Malaysia untuk pindah minyak

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata "tiada bukti langsung" yang dapat menyokong dakwaan berlaku pemindahan dari kapal ke kapal minyak Iran yang disekat, di perairan Malaysia.

Kenyataan itu di tengah dakwaan Amerika Syarikat (AS) yang Iran menggunakan pembekal perkhidmatan Malaysia untuk memudahkan pergerakan minyak negara itu.

Bercakap di sebuah forum ekonomi di Qatar hari ini, Anwar menjawab dakwaan yang dibuat Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi Keganasan dan Risikan Kewangan AS Brian Nelson bahawa kemampuan Iran untuk menggerakkan minyaknya sangat bergantung kepada pembekal perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia.

"Mereka (AS) tidak tunjuk walau satu bukti sebarang pemunggahan di perairan antarabangsa. Kami tiada kapasiti untuk memantau atau mengawasinya," kata Anwar.

Nelson juga menyebut yang AS membuat percubaan untuk menghalang Malaysia daripada menjadi tempat di mana Hamas dapat melakukan kegiatan meraih dana dan pemindahan wang.

Malaysia sememangnya negara yang menyokong perjuangan Palestin dan menyokong penyelesaian dua negara dalam konflik Palestin-Israel.

Di Qatar, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

Pada masa sama, Anwar menjelaskan walaupun dia mengekalkan hubungan baik dengan sayap politik Hamas, dia tiada penglibatan mahupun mengadakan perbincangan dengan bahagian ketenteraan kumpulan itu.

MENARIK:  Kenyataan media tular di media sosial palsu - Umno

"Saya tiada penglibatan atau perbincangan dengan bahagian ketenteraan (Hamas)," katanya di forum itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular