Anwar zahir takziah pada Iran susulan nahas presiden Raisi

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Iran, di atas tragedi yang menimpa Presiden Ebrahim Raisi bersama delegasi kepemimpinan negara itu, dalam satu nahas helikopter di barat laut Iran, pada Ahad.

Anwar berkata Malaysia juga berduka atas tragedi berkenaan dan bersedih atas malapetaka yang menimpa negara sahabat Iran.

“Terkesan dan sedih tatkala menerima laporan mengenai insiden pesawat di wilayah utara Iran melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan delegasi kepemimpinan Iran, termasuk Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian

“Doa dan solidariti buat rakyat Republik Islam Iran, dan semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka dan memberi tempat yang istimewa di sisiNya,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri dalam hantaran sama turut berkongsi sekeping gambar beliau bertemu Raisi pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, November tahun lepas.

Anwar berkata dalam pertemuan itu beliau dan Raisi telah menekuni pelbagai perkara yang dekat dengan kedua-dua negara.

“Raisi menonjolkan sikap yang terbuka tetapi tegas, terutamanya dalam soal pembangunan rakyatnya serta punyai keupayaan yang tinggi dalam memelihara Iran sebagai negara dan tamadun yang kuat.

“Saya selesa bekerjasama dengan beliau dan tragedi ini tentunya menyedihkan dan meninggalkan bekas yang mendalam, terutamanya dalam perjuangan membela warga Palestin,” kata Anwar.

Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) Pir-Hossein Kolivand hari ini menyatakan bahawa, tiada mangsa selamat ditemukan di lokasi helikopter terhempas di barat laut Iran yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi.

MENARIK:  CAAM sahkan penerbangan MH2554 ke Tawau berpatah balik

Helikopter Raisi terhempas pada petang Ahad di kawasan Varzaqan, ketika beliau dalam penerbangan pulang bersama Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa individu lain, daripada upacara perasmian empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular