Anwar ziarah keluarga Fadhlina

Shopee Sale

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa lebih sejam bagi menziarahi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang kehilangan ibu beliau Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, yang meninggal dunia pagi tadi.

Anwar yang tiba di Surau Al-Mujahidin, Desa Surada, Bangi pada pukul 12.55 tengah hari ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perdana Menteri kemudian menyertai kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat jenazah yang diimamkan anak kelima Allahyarhamah iaitu Hazim Faizi Siddiq.

Turut hadir menunaikan solat jenazah ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.



Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina mengesahkan bahawa Siti Zalikhah, 75, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook mengucapkan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas pemergian ibunya.

“Ternyata pemergian ini cukup mengesankan tatkala keluarga kami punyai hubungan yang cukup akrab,” katanya.

MENARIK:  Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh 3 hari - Fadhlina

Anwar turut mendoakan roh Allahyarhamah Siti Zalikhah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular