Armada Tentera Laut Rusia berlabuh di Pulau Pinang hingga 17 Okt

Shopee Sale

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) hari ini mengesahkan Armada Pasifik Tentera Laut Rusia berlabuh di George Town bermula hari ini hingga 17 Okt.

Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin ketika dihubungi Bernama berkata armada itu dipercayai terdiri daripada korvet Gromkiy, Rezkiy, Aldar Tsydenzhapov dan kapal Pecheng, berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) di George Town.

Media tempatan sebelum ini melaporkan kerajaan memberikan kebenaran untuk armada berkenaan berlabuh di Pulau Pinang termasuk kapal Pecheng.

Sementara itu, menurut Kedutaan Rusia beberapa acara akan diadakan bersempena kunjungan armada berkenaan termasuk upacara memperingati ulang tahun ke-110 tenggelamnya Kapal Tentera Laut Rusia Zhemchug (Pearl) ketika ‘Battle of Penang’ pada Perang Dunia I.

Upacara meletak kalungan bunga juga akan diadakan di Pulau Jerejak, lokasi 11 anggota kru Zhemchug disemadikan selain majlis resepsi atas satu daripada armada itu di Pelabuhan George Town esok.

Satu mesyuarat rasmi yang akan dihadiri Duta Rusia ke Malaysia Nail Latypov turut dijadual diadakan atas armada itu pada 16 Okt diikuti lawatan ke kapal berkenaan yang dibuka kepada penduduk tempatan dari 9 pagi hingga 1 petang.

MENARIK:  Lubang benam berlaku dekat Kompleks Bunga Raya KLIA

Zhemchug (Pearl) tenggelam akibat diserang oleh kapal Jerman SMS Emden pada malam 28 Okt 1914 yang mengakibatkan 88 kelasi Rusia terbunuh.

Kebanyakan jasad kelasi yang maut disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Barat di sini dan sebahagian lagi di Pulau Jerejak.

Menurut Agensi Berita Rusia, Gromkiy, Rezkiy dan Aldar Tsydenzhapov belayar untuk melaksanakan tugas di kawasan Asia-Pasifik (APAC).

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular