'AS dalang utama agenda pembunuhan ala Nazi di Gaza'

Shopee Sale

Amerika Syarikat (AS) dalang utama kepada agenda penghapusan etnik atau genosid ala Nazi yang dilakukan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin, kata calon anugerah Nobel keamanan dunia Dr Maung Zarni.

Pejuang hak asasi manusia yang lantang menentang penghapusan genosid Myanmar turut berkata AS juga menyalurkan bantuan persenjataan kepada Israel.

Zarni yang mendapat suaka di UK menyifatkan AS bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu umpama Nazi pada tahun 2024.

Katanya, Israel kini umpama Adolf Hitler alaf baru yang menggerakan penghapusan genosid.

Calon anugerah Nobel keamanan dunia dan pejuang hak asasi Dr Maung Zarni .

"Kerajaan AS dan kongres dalam sesi pertemuan bersama Nentanyahu pada 24 Julai adalah seperti kerajaan AS dan Parlimen UK membenarkan Adolf Hitler pada tahun 1942.

"Ini bukan satu kejutan AS membenarkan Netanyahu (menyerang Palestin) dan menyalurkan senjata serta duit untuk meneruskan genosid di Gaza, Palestin.

AS lulus dana senjata Israel AS$17 bilion

"Sebab DNA dua negara ini, AS dan Israel adalah sama," katanya kepada Malaysiakini baru-baru ini ketika dia berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri satu majlis dialog.

Dewan Perwakilan AS pada 24 April lalu meluluskan peruntukan persenjataan sebanyak AS$17 bilion kepada Israel untuk peranang Gaza dan kira-kira AS$9 bilion pula bagi bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Gaza.

Melalui memorandum persefahaman (MOU), Amerika Syarikat juga telah bersetuju untuk menyediakan Israel dengan dana AS$3.8 bilion setahun hingga 2028, menurut laporan badan pemikir Council on Foreign Relations.

Sementara itu, Zarni berkata negara Barat seperti AS dan Israel hari ini dibina atas genosid terhadap tanah air orang lain dengan melakukan perperanangan serta penghapusan etnik.

Mengulas lanjut, Zarni berkata dia telah lama mengkaji kelompok fasis ini, malah penasihat doktor falsafahnya (PHD) juga seorang pegawai perisikan tentera AS yang juga pakar SS Nazi.

Untuk rekod SS Nazi merupakan organisasi yang bertanggungjawab kepada pembunuhan genosid ketika peranang dunia kedua.

MENARIK:  Lepas demo, Foodpanda janji kaji semula sistem

"AS dan Israel dikendalikan oleh individu yang jahat, menyedihkan, sakit dan penjenayah seperti Nazi. Percayalah saya telah mengkaji jenis makhluk ini selama 32 tahun.

"Salah seorang penasihat PHD utama (saya) ialah pegawai perisikan tentera AS merangkap pakar SS Nazi (yang telah meninggal dunia lima tahun lalu).

"Dia menyoal siasat pegawai SS yang menyerah diri di Zon Bersekutu di Jerman pada tahun 1945.

"Saya belajar mengenali Fasis/ Nazi apabila saya melihat perlakuan mereka," katanya lagi.

Prof Mohd Mizan Mohammad Aslam bersama calon anugerah Noel keamanan Dr Maung Zarni.

Dalam perkembangan berkaitan, Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mohd Mizan Mohammad Aslam menyifatkan Zarni sebagai calon terbaik untuk memenangi anugerah Nobel keamanan dunia.

Mohd Mizan berkata perjuangan Zarni terhadap keamanan dunia melayakkannya untuk memenangi anugerah berkenaan.

Katanya, Zarni antara pejuang yang lantang menentang penghapusan etnik atau genosid dilakukan rejim Zionis terhadap umat Islam di Gaza.

"Saya melihat beliau adalah calon yang memang kayak diberikan pengiktirafan pada tahap dunia," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular