Azmin: Pengundi yang tentukan kemenangan calon, bukan tinjauan

Shopee Sale

PRK KKB | Penerusi PN Selangor Azmin Ali dilihat tidak terlalu bimbang dengan dapatkan kajian badan penyelidik Ilham Centre yang meramalkan PH akan mengekalkan kemenangan di DUN Kuala Kubu Bharu.

"Kajian (ada) banyak, nama pun kajian. Macam-macam laporan risikan yang telah kita terima, tetapi yang menentukan kemenangan adalah pengundi.

"Sebab itu kita rayu semua pengundi agar melaksanakan tanggungjawab untuk menentukan soal pembangunan, perkembangan dan kemajuan di Kuala Kubu Bharu untuk lima tahun akan datang," katanya di Kuala Kubu Bharu, malam ini.

Terdahulu hari ini, Ilham Centre antara lain menyatakan PN memberikan saingan sengit namun sedikit kelebihan memihak kepada PH.

"Dengan gabung jalin semua faktor yang dihuraikan di atas, kami merumuskan bahawa parti PH diwakili DAP mempunyai sedikit kelebihan untuk mengekalkan kawasan Kuala Kubu Baharu ini daripada jatuh ke tangan pihak lawan yang meletakkan objektif menawan 4-0 di dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor ini," katanya.

Badan itu juga menyatakan peratusan keluar mengundi akan menjadi factor Utama kalah menang calon PH Pang Sock Tao dan calon PN Khairul Azhari Saut, manakala dua lagi calon, iaitu Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas) sukar memberi cabaran.

Sementara itu, Azmin menafikan PN mengenakan larangan ke atas Azhari memandangkan pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor sebelum ini menyatakan dia tidak boleh bercakap dengan media.

MENARIK:  ULASAN | Apa yang dilaung dulu semuanya tipu

"Tidak ada. Media merupakan rakan penting, khususnya dalam situasi kempen ini untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan adil kepada pengundi sebelum mereka membuat pilihan esok.

"Cuma hari ini dia terpaksa bergegas ke banyak lokaliti...sekurang-kurangnya mereka (pengundi di lokaliti tersebut) dapat mengenali calon," katanya lagi.

Berhubung soal pengundi India - yang merangkumi 18 peratus pengundi di DUN KKB - yang menjadi tumpuan utama dalam PRK ini, Azmin berkata semua golongan pengundi adalah penting untuk kemenangan calon.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular