Baca, hadam, terima titah Agong – PM

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak agar "baca, hadam, dan terima" titah Yang di-Pertuan Agong hari ini.

"Kena baca, kena hadam, dan kena terima perintah titah tuanku," katanya ringkas kepada wartawan semasa turun padang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini.  

Terdahulu, Istana Negara berkata pihak yang ingin mendapatkan pengampunan bagi mana-mana banduan supaya memohonnya melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Agong.  

Anwar juga ditanya sama ada kenyataan media itu ada kaitan dengan perhimpunan dirancang oleh Umno dan disokong PAS, Isnin depan bagi menyokong Najib Razak.

Najib Razak

Anwar bagaimanapun hanya menjawab: “Kena baca, kena baca." 

Istana Negara hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa banduan perlu memohon untuk mengurangkan hukuman atau mendapat keampunan bagi dipertimbangkan Lembaga Pengampunan pada mesyuarat akan datang.

Istana juga meminta semua pihak menghormati perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan.

Kenyataan itu dikeluarkan menjelang rancangan demonstrasi anjuran Umno, yang disokong PAS, bagi menunjukkan setiakawan kepada bekas perdana menteri Najib Razak, minggu depan.

Najib sebelum ini dihukum penjara 12 tahun dan denda setelah didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam kes SRC International Sdn Bhd melibatkan dana RM42 juta.

MENARIK:  Lapan ditahan bantu siasatan kes kebakaran motosikal di Baling

Terdahulu terdapat dakwaan wujud titah tambahan oleh Agong terdahulu, Al-Sultan Abdullah 

Sultan Ahmad Shah yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Najib kini sedang mendapatkan keputusan untuk memulakan semakan kehakiman bagi pelaksanaan titah itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular