Baju hitam ekspresi siswa tunjukkan jati diri UiTM – VC

Shopee Sale

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sahib Sahibuddin menyifatkan kempen mahasiswa memakai pakaian hitam bukanlah satu bentuk bantahan.

Sebaliknya dia mendakwa, ia sebagai salah cara mahasiswa universiti itu untuk menyatakan ekspresi serta menunjukkan jatidiri mereka sebagai pelajar UITM.

"Pertamanya bagi saya ini bukan bantahan, kerana kalau nak bantah ini kita buat suatu keputusan. Sebenarnya tiada keputusan dibuat.

"Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sendiri pun mengatakan ini bukan bantahan dan saya pun anggap ini ekspresi mahasiswa yang menunjukkan jatidiri mereka sebagai pelajar UiTM.

"Yang mana mereka merasakan dari segi undang-undang tubuh Akta 173 1976 akta UiTM itu memanglah perkara 1 (A) menyatakan UiTM ditubuhkan atas perkara 153 (Perlembagaan Persekutuan) yang ini hangat diperdebatkan," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.

Sahib berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara UiTM dengan Ohio University, malam ini.

Pada 15 Mei lalu, MPP UiTM menyeru mahasiswa di universiti itu memakai pakaian hitam esok sebagai membantah rancangan membuka UiTM kepada pelajar bukan bumiputera.

Mereka turut meminta mahasiswa memuat naik gambar bersama tanda pagar #MahasiswaUiTMBantah di platform media sosial sebagai menyokong kempen yang dilancarkan sejak semalam.

“Objektif penubuhan UiTM adalah untuk memastikan mahasiswa kurang berkemampuan dalam kalangan bumiputera untuk mendapat akses di pengajian tinggi.

“Kami sebulat suara menyokong agar UiTM kekal dengan objektif asal penubuhannya iaitu untuk melindungi dan memajukan mahasiswa bumiputera sebagai benteng pertahanan keistimewaan dan kemajuan bangsa,” katanya.

Bantahan tercetus selepas UiTM secara sementara bersetuju membuka program latihan teknikal pakar jantung parralel pathway kepada pegawai perubatan bukan bumiputera.

UiTM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.

Pelajar warga asing jana pendapatan

Penempatan tujuh orang bakal pakar kardiotoraks ini hanyalah sementara sebelum Pusat Perubatan UM (PPUM) membuka program ini.

MENARIK:  Kebebasan bersuara masih dikekang - laporan

Pun begitu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM tetap bertegas melancarkan kempen berpakaian serba hitam itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Sahib hari ini berkata penubuhan UiTM bertujuan untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi negara.

Katanya, jika masalah bumiputera dapat ditangani, maka masalah negara juga akan selesai.

Ditanya mengenai tindakan UiTM membenarkan kemasukan pelajar asing namun tidak kepada pelajar bukan bumiputera, Sahib berkata program itu bertujuan untuk menjana pendapatan universiti.

"Pendekatan kami memastikan pelajar ini menyumbang kerana kita mengenakan yuran penuh dan bagi saya mudah sekiranya kerajaan bagi dana penuh kepada UiTM tiada keperluan untuk kita ambil.

"Tetapi dalam keadaan membantu kerajaan itulah ruang yang diberikan kepada kami," katanya.

Sahib turut memaklumkan UiTM kini mempunyai sekitar 1,600 pelajar antarabangsa dalam pengajian pasca siswazah.

Katanya, ia selaras dengan pelan pembangunan strategik pendidikan tinggi negara untuk memastikan universiti awam tidak bergantung dana awam sepenuhnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular