Banduan terhormat: PKR P Pinang minta Pemuda PAS belajar sejarah

Shopee Sale

Tindakan Pemuda PAS Pusat yang menyentuh soal "banduan terhormat" membabitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim didakwa mempunyai kaitan dengan isu 3R.

Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Johari Kassim, berkata hal itu kerana sayap PAS terbabit boleh dianggap mempersoalkan keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Oleh itu, katanya, Pemuda PAS perlu mempelajari sejarah sebelum menghentam secara membuta tuli sehingga menampakkan kedangkalan mereka.

"Saya minta Pemuda PAS mengkaji terlebih dahulu agar mereka faham apa yang terjadi, ataupun boleh bertanya kepada pemimpin mereka yang sebelum ini mempertahankan perdana menteri.

"Jika tidak, mereka boleh buka YouTube mahupun TikTok untuk melihat bagaimana pegawai penjara membacakan pembebasan Anwar. Dia dibebaskan tanpa dokumen kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan selepas mendapat pengampunan diraja.

"Pada saya tindakan Pemuda PAS memainkan isu ini menyentuh isu 3R.

"Apakah Pemuda PAS tidak menerima keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini apabila terus mempersoalkannya," katanya kepada Malaysiakini.

Kelmarin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Mohd Hafez Sabri berkata Anwar berhak menuntut sejumlah pampasan yang besar akibat dipenjarakan atas tuduhan palsu.

Oleh itu, dia menggesa perdana menteri untuk memohon semakan terhadap kes-kes tersebut.

“Pertikaian berkenaan salah atau tidak terhadap hukuman sehingga perdana menteri menjadi seorang ‘banduan terhormat’ adalah tertakluk kepada fakta kes mahkamah yang beliau dijatuhi hukuman,” katanya yang dipetik Harakahdaily.

Kenyataan Mohd Hafez mendapat kecaman pemimpin PKR yang menyifatkan tindakan pemimpin Pemuda PAS sekadar untuk mencalar kredibiliti Anwar dalam memimpin kerajaan.

MENARIK:  Sebut bahlol: Rafizi menteri, perlu jaga tutur kata - penganalisis

Pengerusi PKR Perak, Mohd Hairul Amir Sabri, misalnya meminta Pemuda PAS memperhalusi kenyataan perdana menteri secara berfakta.

"Umum mengetahui bahawa pembebasan penuh Anwar telah diberikan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, pada 2018 ekoran terdapat pelanggaran prinsip keadilan (travesty of justice) berhubung kes tersebut.

"Persoalannya, mengapa PAS seolah-olah lebih sudu daripada kuah dalam mentafsir dan mengemukakan cadangan khususnya melibatkan kes liwat tersebut?" katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Johari Pemuda PAS perlu tahu bahawa pemimpin utama mereka sebelum ini jelas mempertahankan Anwar yang didakwa di mahkamah.

"Oleh itu baca dah hadam dahulu sejarah sebelum menyerang membuta tuli," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular