Banjir: 117 mangsa dipindahkan, dua PPS dibuka di Klang

Shopee Sale

Hujan lebat sejak semalam menyebabkan banjir di sekitar Klang, dengan 117 orang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi.

Menurut makluman Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, dua PPS yang dibuka ialah PPS SK Sungai Binjai dan Balai MPKK Bukit Kapar yang menempatkan seramai 29 keluarga.

SK Sungai Binjai menempatkan paling ramai mangsa iaitu seramai 96 orang daripada 24 keluarga.

Balai Raya Bukit Kapar pula menempatkan 21 mangsa daripada lima keluarga.

Jabatan itu berkata empat balainya telah digerakkan dalam proses pemindahan, melibatkan 36 anggota.

Balai terbabit ialah Balai Bomba dan Penyelamat dari Kapar, Bukit Jelutong, Dengkil dan Subang Jaya.

Sementara itu, Kosmo! melaporkan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor berkata paras air di stesen Pekan Meru mencapai paras bahaya iaitu 4.74 meter, iaitu melebihi 2.8m yang dicatatkan pada 9.30 pagi tadi.

MENARIK:  Hadi: Bukan Islam ‘naik kepala’ sebab pemimpin Islam k'jaan tiada keupayaan

Paras air di Taman Desa Kemuning telah mencapai paras bahaya iaitu 2.8m.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular