Banjir di Jitra: Bomba selamatkan wanita sarat mengandung

Shopee Sale

Seorang wanita sarat mengandung diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas rumahnya di Kampung Kota Mengkuang di Jitra, Kedah dinaiki air akibat banjir hari ini.

Norshuhaida Ramli, 30, yang dijangka melahirkan bayi sulungnya esok, sepatutnya telah mendaftar masuk wad namun tidak dapat berbuat demikian disebabkan banjir. 

Suaminya, Mohd Fitri Hamzah, 31, berkata dia terpaksa mendapatkan bantuan pihak JBPM untuk membawa isterinya ke hospital.

“Bomba menggunakan pacuan empat roda untuk membawa kami keluar dari kawasan banjir sebelum isteri saya dipindahkan ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya ketika ditemui di Jitra hari ini.

Sementara itu, mangsa banjir dari Kampung Baru Malau di Jitra,  Mohd Aliff Madian, 24, berkata dia berasa lega kerana bertindak untuk segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediamannya dinaiki air.

Mohd Aliff berkata tindakan itu dibuat kerana berasa bimbang dengan keselamatan isteri, Siti Rosmah Farahayu Rosli, 24, dan anak sulung mereka yang berusia enam bulan.

“Hujan seharian semalam dan pada 10 malam air mula masuk rumah tetapi agak mengejut sebab sekejap sahaja paras air dah tinggi. Saya dan isteri tidak tunggu lama terus keluar rumah bawa anak dan barangan penting sahaja,” katanya.

Dia berkata kampungnya sudah lama tidak mengalami banjir dan kali ini berlaku secara tiba-tiba menyebabkan mereka tidak bersedia menghadapinya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya telah melakukan beberapa operasi penyelamatan mangsa banjir khususnya wanita mengandung dan orang kurang upaya (OKU).

MENARIK:  Zahid: Umno sokong inisiatif kekalkan kerajaan perpaduan pada PRU16

Mohd Bustan berkata paras air yang naik mendadak antara cabaran yang dihadapi pihaknya dalam melakukan operasi penyelamatan mangsa yang terperanangkap.

“Paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Kubang Pasu masih menunjukkan peningkatan berikutan hujan di hulu sungai, ada kampung yang sebelum ini jarang dilanda banjir tapi hari ini terjejas teruk.

“Keadaan itu menyebabkan terdapat PPS yang penuh dan pihak berkaitan terpaksa membuka PPS baru bagi menempatkan mangsa banjir,” katanya.

-Bernama


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular