Banjir: Peniaga tak tutup kedai demi penduduk kampung

Shopee Sale

Demi kelangsungan orang kampung, seorang peniaga kedai runcit dan barang basah di Kampung Sri Kulim, Melor di Kota Bharu tidak pernah menutup perniagaannya biarpun premisnya dinaiki air.

Maznah Salleh, 56, yang memulakan perniagaannya sejak 2017, berkata permintaan terhadap barang basah amat tinggi dalam kalangan penduduk kampung kerana mereka tidak dapat ke tempat lain untuk mendapatkan barangan keperluan ketika musim banjir.

“Permintaan bahan basah amat tinggi dan orang kampung sanggup meredah banjir untuk membeli keperluan untuk memasak di rumah walaupun terjejas banjir.

“Kawasan Kampung Sri Kulim, Melor ini amat rendah dan mudah dinaiki air terutamanya selepas Sungai Melor melimpah dan terdapat paya di kawasan belakang,” katanya kepada Bernama.

Menurut Maznah yang pernah mengalami kerugian RM5,000 ketika banjir 2017, dia telah membuat persiapan awal termasuk meletakkan barangan jualan di kedainya di tempat lebih tinggi.

“Penduduk kampung berdekatan juga turut bergantung kepada kedai ini untuk dapatkan bekalan barang basah dan runcit waktu banjir ini,” katanya yang berharap barangan di kedainya mampu menampung keperluan sepanjang bencana banjir itu.

MENARIK:  Sivaraj akan lepaskan jawatan SU agung PSM

Sementara itu, Hanisah Hamat, 59 seorang penduduk di kampung berkenaan berkata ada dalam kalangan mereka mengambil inisiatif menjual ubi kayu sebagai pendapatan tambahan ketika banjir.

“Usaha berkenaan mendapat sambutan menggalakkan kerana ubi kayu ini terdapat dua jenis iaitu kuning dan putih yang dijual dengan harga RM3 sekilogram,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular