Banjir Sabah: 474 mangsa masih berlindung di PPS pagi ini

Shopee Sale

Sebanyak 474 orang daripada 144 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di daerah terjejas banjir di Sabah, pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir dari Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli itu menyaksikan penurunan berbanding 481 orang daripada 147 keluarga yang direkodkan petang semalam.

Jumlah mangsa ditempatkan di PPS Dewan Kebudayaan Penampang yang dibuka sejak Ahad lepas, berkurangan kepada 285 mangsa daripada 93 keluarga berbanding 296 orang daripada 97 keluarga, petang semalam.

“Jumlah mangsa banjir di Dewan Sri Putatan masih kekal 138 orang daripada 37 keluarga,” menurut kenyataan itu.

Menurut sekretariat, jumlah mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, Tuaran pula meningkat sedikit kepada 33 orang daripada sembilan keluarga berbanding 29 orang daripada lapan keluarga sebelumnya.

MENARIK:  'Itu bukan surau, itu rumah saya' - pemilik lapor polis kenyataan pejabat tanah

Di PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, Tamparuli pula, jumlah mangsa kekal 18 orang daripada lima keluarga.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular