Bantu lapor jika ada isu keciciran asnaf – Raja Muda Perlis

Shopee Sale

Semua pihak di Perlis perlu terus membantu melaporkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sekiranya terdapat isu keciciran asnaf dalam kariah masing-masing yang belum disantuni.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs dan agensi berkaitan dalam kadar segera.

"Semua pihak perlu memainkan perananan bagi bersama-sama menjayakan hasrat kesejahteraan rakyat negeri ini," titah baginda dalam satu kenyataan dikeluarkan MAIPs hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan Raja Muda Perlis bertitah demikian ketika baginda berangkat ke majlis apresiasi penyumbang zakat potongan gaji tahun 2023 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang DiPertua MAIPs turut menghargai penyumbang zakat yang telah memberikan sumbangan melalui MAIPs.

Pada majlis itu Raja Muda Perlis berkenan menyerahkan sumbangan 50 komputer riba kepada sekolah-sekolah terpilih di bawah Program Sekolah Amanah Jamalullail.

MENARIK:  TDM akan usul batal kontrak sewa Black Hawk kepada Mindef

Baginda juga berkenan menyerahkan 71 basikal kepada peserta terbaik Program Rezeki Subuh yang dilaksanakan sepanjang cuti persekolahan baru-baru ini anjuran MAIPs dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular