Bapa tiri bersama anak, rakan didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun

Shopee Sale

Seorang peniaga berusia 46 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu hari ini atas dua pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 12 tahun.

Turut didakwa merogol kanak-kanak itu abang tiri dan rakannya masing-masing berusia 22 tahun.

Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa secara berasingan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Bagi dua pertuduhan, peniaga itu didakwa merogol anak tirinya di sebuah rumah di Beris Tengah Kubur Besar, Bachok, pada waktu petang awal tahun ini dan pada 18 hingga 22 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Abang tiri mangsa pula dituduh merogol kanak-kanak itu di hadapan bapa tiri mangsa dan rakan karibnya manakala rakannya turut didakwa merogol mangsa di hadapan bapa tiri dan abang tiri mangsa di lokasi yang sama sekitar awal tahun ini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala bapa tiri serta abang tiri mangsa diwakili peguam Nur Sarah Syamimi Safie dan rakan abang tiri diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri.

MENARIK:  Umno kerah jentera bahagian bantu kempen calon PH

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan jaminan kepada ketiga-tiga tertuduh kerana kes terbabit adalah serius melibatkan mangsa berusia 12 tahun.

Nur Sarah Syamimi dan Zuhaidie pula memohon jaminan terhadap anak guam mereka dibenarkan dan mereka berjanji tidak akan mengganggu mangsa.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap bapa tiri dan abang tiri mangsa manakala rakan abang tiri dibenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos untuk sebutan semula kes.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular