Batal lesen agensi pelancongan salah guna visa pelancong untuk ibadah haji

Shopee Sale

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan membatalkan serta-merta lesen agensi pelancongan yang didapati terlibat menyalahgunakan visa pelancong dan visa umrah untuk tujuan ibadah haji.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata Ketua Setiausaha Motac Datuk Roslan Abdul Rahman telah diarah menyiasat insiden bakal haji terkandas di Makkah akibat terpedaya pakej haji murah agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.

“Tidak kira ia berita palsu atau berita sahih, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan ini, lesen pelancongan mereka akan dibatalkan serta-merta.

“Tourism Malaysia yang berdekatan sedang menyiasat insiden ini. Motac sedang menunggu laporan penuh daripada mereka dan sekiranya diperlukan, pihak kementerian akan menghantar pegawai dari ibu pejabat untuk turun padang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini media melaporkan kira-kira 300 bakal haji Malaysia yang kini di Makkah terkandas apabila agensi umrah yang menguruskan perjalanan mereka gagal menunaikan janji untuk mendapatkan kebenaran mengerjakan haji pada musim ini.

Difahamkan kumpulan bakal haji terbabit terperdaya dengan tawaran pakej haji yang murah selain menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah itu.

Tiong berkata maklumat awal mendapati kira-kira 300 bakal haji yang pergi ke Makkah telah dimaklumkan bahawa pas pelancong yang mereka gunakan boleh ditukarkan kepada umrah atau haji.

“Perkara ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab sama sekali! Sesetengah agensi pelancongan atau individu tertentu telah menyalahgunakan kepercayaan jemaah dengan memberikan maklumat yang tidak tepat.

“Tindakan seperti ini bukan sahaja melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, tetapi juga meletakkan keselamatan dan kepentingan jemaah dalam risiko di Arab Saudi,” katanya.

MENARIK:  Penyewa PPR culas bayar sewa beri impak pembangunan sosial

Beliau meminta supaya tiada jemaah umrah yang mengambil kesempatan untuk tinggal lebih masa sehingga masuk ke musim haji kerana ia adalah satu kesalahan di bawah peraturan kerajaan Arab Saudi iaitu menunaikan ibadah haji tanpa mempunyai permit yang sah.

“Kerajaan Arab Saudi hanya mengiktiraf permit haji yang dikeluarkan oleh institusi bertauliah bagi setiap negara seperti Lembaga Tabung Haji (TH),” katanya.

Sehubungan itu Tiong menyarankan bakal haji terkandas untuk membuat laporan kepada TH dan kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan khidmat bantuan dan nasihat.

“Saya berharap mana-mana syarikat agensi pengurusan umrah dan haji dapat memegang tanggungjawab dan menjalankan perniagaan dengan memberi tawaran perkhidmatan yang baik kepada rakyat,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular