BDS Malaysia kecam tindakan vandalisme 'tidak cerdik’

Shopee Sale

Boycott, Divestment, Sanctions for Malaysia (BDS Malaysia) telah mengecam beberapa siri kes vandalisme baru-baru ini yang tercetus susulan bantahan terhadap serangan Israel di Gaza sebagai tindakan "tersasar, tidak cerdik dan satu jenayah."

BDS Malaysia menegaskan gerakan boikotnya itu bertujuan untuk menamatkan penjajahan Zionis di Palestin.

"Gerakan ini tidak memerlukan tindakan jenayah untuk mendapatkan sokongan di hati dan minda orang ramai," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Kumpulan pendesak itu juga merujuk kepada laporan berita polis Selangor telah merekodkan tujuh kes restoran makanan segera dicemari dengan grafiti berkaitan boikot.

"Emosi kuat yang disebabkan oleh pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza harus dizahirkan melalui tindakan kreatif dan sah yang akan membantu menjayakan perjuangan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Zionis.

"Pergerakan BDS adalah berasaskan prinsip keadilan dan hak asasi manusia.

"Objektif kami ialah menekan Israel untuk mematuhi undang-undang antarabangsa melalui cara yang aman dan sah.

"Tindakan vandalisme akan menjejaskan gerakan boikot dan mengalihkan perhatian daripada usaha global yang sah dan berprinsip,” kata BDS Malaysia lagi.

Gambar fail, kempen boikot BDS Malaysia.

Oleh itu, BDS Malaysia menggesa orang ramai menggunakan hak mereka yang dijamin perlembagaan untuk memboikot syarikat dan jenama yang disenaraikan dalam senarai boikot rasmi tanpa terlibat dalam tindakan yang merosakkan atau cacian kesat terhadap mana-mana orang atau harta benda.

"Ini adalah selaras dengan dasar kami yang telah ditetapkan iaitu tanpa kekerasan dan melalui tindakan aman," katanya.

MENARIK:  MCA: Insentif cukai saja tak cukup untuk galakkan EV

Pada 19 April, beberapa premis Starbucks dan McDonald’s di Tawau, Sabah telah dirosakkan, menurut Harian Express.

Pada 24 April, papan iklan McDonald di Sungai Petani, Kedah, turut dirosakkan oleh penyokong kempen boikot terhadap entiti berkaitan Israel.

Papan tanda itu - yang mengumumkan kemudahan pandu lalu McDonald's yang akan datang di daerah itu - disembur cat bertulis "Boikot Pembunuh" dan "Darah Palestin di tangan kamu."

Semalam, McDonald’s Malaysia turut mengecam tindakan vandalisme yang menyasarkan asetnya, berkata tindakan sedemikian menyebabkan kemudaratan dan kesusahan ketara kepada para pekerja serta masyarakat sekeliling.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular