Bekalan air di Felda Perasu terputus sebab gangguan elektrik – AKSB

Shopee Sale

Bekalan air bersih yang terputus di kawasan Felda Perasu, Gua Musang dan sekitarnya pada awal Aidilfitri adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik di Loji Rawatan Air (LRA) Chiku, Gua Musang.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan bekalan elektrik di bawah bidang kuasa Tenaga Nasional Berhad itu sekali gus menjejaskan proses penghantaran bekalan air ke Tangki Felda Perasu untuk disalurkan kepada penduduk.

Menurut AKSB, gangguan bekalan elektrik di LRA Chiku juga memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji dan sejumlah 353 akaun pengguna telah terlibat, manakala 60 akaun pengguna pula terdiri daripada kawasan premis.

“Mengikut rekod, kekerapan gangguan bekalan elektrik berlaku hampir 23 jam dan 25 minit bagi tempoh lima hari iaitu pada 2, 21, 25 dan 26 Mac serta 11 April,” menurut kenyataan itu.

AKSB memaklumkan pengeluaran air LRA Chiku beroperasi pada 7.5 juta liter sehari (JLH) dan pengeluaran air bersih dijangka beroperasi dengan kapasiti penuh hingga 12 JLH pada Mei ini.

AKSB memaklumkan pasukan NRW (Non Revenue Water) AKSB jajahan Gua Musang sedang giat mencari kebocoran paip di sekitar Felda Perasu memandangkan jumlah pengeluaran air yang tinggi, namun ia tidak sampai ke rumah pengguna.

“Permintaan tinggi berbanding pengeluaran di musim perayaan juga merupakan satu daripada faktor berlaku bekalan air bersih yang tidak mencukupi bukan sahaja di Felda Perasu, malah di seluruh Kelantan secara amnya," menurut kenyataan itu.

MENARIK:  DLP: Sesi libat urus JPN dapat maklum balas sangat baik - Fadhlina

AKSB memaklumkan waktu puncak penggunaan atau permintaan air yang tinggi bermula pada 8 hingga 13 April lepas.

Pada masa sama, Pelan Kesiapsiagaan Bekalan Air merangkumi kesemua jajahan operasi, bagi memaksimumkan keupayaan proses pembekalan air bersih semasa musim perayaan Aidilfitri telah mula digerakkan sejak 6 April lepas.

Pada Jumaat lepas, media tempatan melaporkan sambutan Aidilfitri penduduk Felda Perasu suram apabila terputus bekalan air bersih sejak 7 April lepas.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular