Bekas AG Apandi Ali patut dihukum, bukan dibayar pampasan – Dr M

Shopee Sale

Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak adil apabila hanya Najib Razak meringkuk di penjara, sedangkan mereka yang "membantu dan bersekongkol" dengan bekas perdana menteri itu dalam skandal 1MDB masih bebas dan malah diberi pampasan.

Bekas perdana menteri berkata dia tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan pada 2022 untuk mencapai penyelesaian secara baik dengan bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, yang memfailkan saman menuntut pampasan lebih RM2.23 juta selepas ditamatkan daripada jawatan itu pada Jun 2018.

Penyelesaian itu dicapai ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.

Mahathir membangkitkan isu itu dalam catatan blog terbarunya ketika mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mei yang menolak permohonan Apandi untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan menolak saman fitnah RM10 juta terhadap veteran DAP, Lim Kit Siang.

"Saya telah membaca penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Apandi Ali untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman fitnahnya terhadap Lim Kit Siang dengan kos sebanyak RM30,000.

"Bermula di Mahkamah Tinggi, diikuti oleh Mahkamah Rayuan dan sekarang Mahkamah Persekutuan, kesemua tujuh hakim bersetuju bahawa kegagalan utama Apandi ialah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Peguam Negara," kata Mahathir.

Melihat kenyataan hakim-hakim berhubung kelakuan Apandi, Mahathir berkata pentadbirannya membuat keputusan betul dengan menamatkan perkhidmatan peguam negara itu pada 2018.

"Apandi kemudiannya telah menyaman kerajaan dan menamakan saya sebagai defendan kerana kononnya saya telah menamatkan perkhidmatannya secara tidak sah selain mendakwa saya memandang serong terhadapnya.

"Kerana itu saya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan pada tahun 2022 yang bersetuju selesai saman pemecatan Apandi dan saya diberitahu membabitkan ganti rugi yang agak lumayan.

"Adalah tidak adil jika cuma Najib sahaja dihukum sedangkan Apandi yang hakim-hakim telah sebut secara terbuka “membantu dan bersubahat” dibebas dan diberi pampasan oleh kerajaan," katanya lagi.

MENARIK:  LPP saran harga lantai belian padi dinaikkan

Syarat penyelesaian di bawah OSA

Apandi ditamatkan perkhidmatan sebulan selepas Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan dan Mahathir kemudiannya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri buat kali kedua.

Najib melantik Apandi pada 2015 selepas memecat Abdul Gani Patail sebagai peguam negara semasa kemuncak skandal 1MDB.

Tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said mendedahkan bahawa syarat penyelesaian dengan Apandi diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Dalam saman fitnahnya yang difailkan pada 2019, Apandi mendakwa bahawa pada 6 Mei 2019, Lim telah menulis dan menyebabkan terbitnya artikel bertajuk "Dangerous fallacy to think Malaysia's on the road to integrity" dalam Malaysiakini

Bekas peguam negara itu mendakwa artikel itu antara lain membayangkan bahawa dia terlibat dalam skandal 1MDB, seorang yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika, dan telah menyalahgunakan kuasanya semasa menjadi peguam negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular