Bekas ketua hakim negara Mohamed Dzaiddin kembali ke rahmatullah

Shopee Sale

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam ini.

Perkara itu disahkan oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika dihubungi Bernama.

Mohamed Apandi berkata pemergian Allahyarham dimaklumkan pada 7.15 malam oleh rakan beliau yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohd Zawawi Salleh.

"Jenazah akan dikebumikan esok pada 10 pagi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Arwah adalah orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam badan kehakiman pada 2002. Al-Fatihah," katanya.

Mohamed Dzaiddin, yang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari tahun 2000 hingga 2003, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam badan kehakiman.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular