Bekas pembantu Anwar mengaku tidak bersalah pertuduhan edar kanabis

Shopee Sale

Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, 6 Sept lepas.

Muhammed Yusoff Rawther, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Dis ini untuk sebutan kes.

Terdahulu peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Muhammed Yusoff memohon mahkamah menetapkan 13 Dis ini untuk sebutan kes berikutan anak guamnya mempunyai satu lagi kes di bawah Akta Senjata di Mahkamah Majistret pada tarikh sama (13 Dis).

Permohonan itu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman. 

Pada 12 Nov, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes dadah dihadapi Muhammed Yusoff ke Mahkamah Tinggi.

Muhammed Yusoff didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram, dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 Sept lepas, mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan.

MENARIK:  KATA MP l Lantik arboris untuk periksa pokok berusia, berisiko tumbang

Dia didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di Kuala Lumpur, pada 9.25 pagi, tarikh sama (6 Sept).

Tertuduh yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular