Bekas pemimpin Bersatu sertai PKR

Shopee Sale

Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman mengumumkan penyertaannya dalam PKR.

Faiz mengumumkan perkara itu di Facebook semalam, selepas majlis doa selamat dan penerangan isu-isu semasa di kediaman Menteri Besar Selangor, Amirudun Shari pada Ahad lalu.

“Dengan pengumuman terbuka oleh Datuk MB pada majlis ini, maka saya dan mantan Adun Dengkil yang juga mantan ketua Armada Selangor saudara Adhif Syan telah diterima'sebagai ahli PKR yang baru.

"Syukur, setelah saya tidak berparti lebih dari 6 bulan,” tulis Faiz.

Pada 7 Ogos tahun lepas, Faiz meletakkan jawatan sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, dengan alasan parti itu terpesong daripada objektif awalnya untuk menggantikan Umno.

Dia juga mendakwa parti itu tidak dihormati oleh parti komponen terbesar Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS.

Beberapa hari selepas itu, Faiz berkata ‘geng kartel’ dalam Bersatu menjadikan parti itu seperti ‘tandas awam’ apabila sesiapa sahaja boleh keluar masuk parti itu dengan mudah.

Mengulas lanjut, Faiz berkata dia bertekad memperkasakan perjuangan asal PKR serta agenda Malaysia Madani yang diterajui perdana menteri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, FMT melaporkan ratusan ahli akar umbi Bersatu menyertai PKR atas pelbagai sebab.

Laporan itu yang memetik sumber yang enggan dikenali daripada PKR berkata, ini berikutan ahli tidak dapat memajukan kerjaya politik mereka dalam Bersatu.

“Sebahagian besar ahli Bersatu meninggalkan Umno untuk memajukan kerjaya politik mereka,” katanya.

“Tetapi sekarang, mereka merasakan mereka mempunyai ruang terhad untuk berkembang, melainkan mereka bersekutu dengan pemimpin Bersatu tertentu," kata sumber itu kepada portal berkenaan.

MENARIK:  Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - saksi

Menurut sumber tersebut, mereka yang keluar daripada parti termasuk pemimpin bahagian Bersatu dan jumlah itu dijangka meningkat “menjelang akhir Ramadan”.

Sumber itu memberitahu FMT bahawa ada calon yang mengintai jawatan dalam pengundian PKR yang dijangka diadakan pada akhir tahun ini atau awal 2025 dan telah mula mengumpulkan sokongan daripada ahli akar umbi PKR serta Bersatu.

“Ahli Bersatu sama ada akan menyertai PKR secara langsung atau bermula dengan menyertai NGO mesra PKR dan kemudian membuat langkah mereka dari situ,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular