Bekas sarjan wanita didenda RM8,000 terima rasuah tutup kes cabul

Shopee Sale

Seorang bekas sarjan polis wanita didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini kerana menerima wang RM6,000 daripada seorang lelaki supaya tidak mengambil tindakan terhadap anaknya yang disiasat atas kesalahan mencabul, dua tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Mastisha Maidinsha, 39, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan dan mahkamah turut memerintahkannya dipenjara 40 hari jika gagal membayar denda.

“Saya harap tertuduh insaf dan berfikir secara mendalam sebelum mengambil sebarang tindakan pada masa akan datang. Kes ini bukan sahaja memberi kesan kepada kamu (tertuduh), malah kepada anak kamu yang masih kecil,” kata Suzana.

Mengikut dua pertuduhan pilihan itu, Nur Mastisha didakwa menerima wang RM6,000 tanpa balasan daripada seorang lelaki yang mana tertuduh mengetahui bahawa lelaki itu ada hubungan dengan kerja rasminya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan sebuah stesen minyak di Batu 9 dekat Cheras, jam 8 serta 8.05 malam, pada 1 dan 12 Oktober 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atiqah Mohamad Alias berkata tindakan yang melibatkan salah laku anggota polis dalam isu rasuah telah ‘menconteng arang ke muka’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merosakkan reputasi dan mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.

“Pendakwaan mencadangkan hukuman sewajarnya dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya serta mesej kepada masyarakat agar perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang. Oleh itu pihak pendakwaan mencadangkan denda sebanyak RM10,000,” katanya.

MENARIK:  Program pembangunan karakter mampu persiap pelajar jadi pengundi

Nur Mastisha yang tidak diwakili peguam berkata beliau tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib atau terlibat dalam jenayah sejak berkhidmat dengan PDRM selama 19 tahun.

Bekas anggota polis terbabit berkata, kes dihadapinya itu adalah kali pertama yang dianggap sebagai satu ujian.

"Saya memohon jasa baik untuk dikurangkan denda kerana sudah menjimatkan masa mahkamah dan pihak pendakwaan,” katanya yang menanggung dua anak dan perlu membayar hutang RM4,500 setiap bulan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular