Beli kondo mewah: Mahkamah perintah Isa Samad, bekas CEO bayar FGV RM3.31 juta

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.

Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan FGV terhadap Mohd Isa dan Mohd Emir Mavani pada 2018 untuk menuntut ganti rugi RM7.69 juta membabitkan pembelian kondominium di Troika, Persiaran KLCC yang didakwa melebihi harga pasaran.

Mahkamah berpendapat bahawa defendan secara salah menggunakan dan membaik pulih unit kerana ia tidak dilakukan mengikut prosedur syarikat.

“Mereka juga telah meletakkan kepentingan mereka dalam konflik dengan syarikat dan tidak bertindak demi kepentingan terbaik plaintif.

“Defendan kedua (Mohd Emir) juga telah melanggar tugasnya dengan menyalahgunakan sistem carpool dan kad petrol. Jadi, defendan harus bertanyggungjawab dan perlu membayar ganti rugi,” katanya.

Hakim Mohd Arief bagaimanapun menjelaskan bahawa kedua-dua defendan tidak melanggar tugas dalam pembelian unit kerana ia dilakukan mengikut resolusi Lembaga.

Beliau berkata FGV tidak mengalami sebarang kerugian berhubung pembelian unit Troika kerana ia masih dimiliki oleh syarikat.

Mahkamah memerintahkan Mohd Isa membayar RM990,502 kepada FGV termasuk RM300,000 ganti rugi teladan dan RM200,000 sebagai kos manakala Mohd Emir membayar RM2,328,705.86 termasuk RM500,000 sebagai ganti rugi teladan dan kos RM200,000.

MENARIK:  Adun Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut

Hakim Mohd Arief berkata ganti rugi teladan sedemikian dikenakan memandangkan kedudukan kedua-dua mereka dalam syarikat.

Keputusan itu dibuat menerusi prosiding yang dikendalikan secara aplikasi Zoom dengan dihadiri peguam Andrew Chiew Ean Vooi mewakili FGV, manakala Lavinia Kumaraendran dan Mavin Thillainathan mewakili Mohd Isa, Vincent Lawrance dan Abdul Rahim Abdul Rahim mewakili Mohd Emir.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular