'Benang melintang' di lebuh raya Suke: Individu cedera diminta lapor polis

Shopee Sale

Polis memohon individu yang mendakwa cedera di dagu akibat ‘terkena’ benang yang dipasang secara melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) menghala ke Plaza Tol Bukit Teratai di Kuala Lumpur, untuk tampil membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya mengesan satu hantaran berhubung kejadian tersebut yang tular di media sosial semalam.

"Menerusi hantaran itu, individu tersebut mendakwa dagunya terkoyak akibat terkena benang yang melintang di Suke selepas susur keluar Taman Kosas menghala ke Tol Bukit Teratai kira-kira 6.30 petang, semalam.

"Pada masa sama, pihak Polis Ampang Jaya akan membuat siasatan awal dan perjumpaan dengan pengendali lebuh raya Suke untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian dan meminta kerjasama mangsa dan saksi untuk tampil membuat laporan.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang insiden berkaitan.

MENARIK:  Kos baiki jalan akibat banjir lebih RM100 juta - menteri

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular