Bersatu hantar notis pengosongan enam kerusi Parlimen kepada Speaker

Shopee Sale

Bersatu hari ini mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul memohon supaya enam kerusi Parlimen dipegang oleh wakil rakyatnya dikosongkan.

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Whip Bersatu yang juga naib presiden parti, Ronald Kiandee, berkata, keahlian parti keenam-enam mereka yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah terhenti secara serta-merta.

“Justeru, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima.

"Notis pemakluman kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan membabitkan enam ahli Parlimen Bersatu yang terhenti keahliannya secara serta-merta sudah diserah dan diterima pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini,” katanya.

Dia berkata semua notis pemakluman kekosongan bagi kerusi Parlimen Jeli; Gua Musang; Bukit Gantang; Kuala Kangsar; Tanjong Karang dan Labuan sudah ditandatanganinya, selaku Ketua Whip parti.

Enam ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar sebelum ini ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Johari Abdul

Menurut Ronald, Johari perlu menghormati pengesahan kekosongan luar jangka itu, memandangkan Seksyen 18C Akta Pertubuhan memperuntukkan bahawa sebarang keputusan sesuatu parti politik “adalah muktamad dan konklusif”.

“Secara prinsipnya, saya yakin Tan Sri Johari mahu memastikan badan legislatif bebas daripada pengaruh politik kepartian dengan menghormati keluhuran Perlembagaan dan menjunjung kedaulatan undang-undang.

“Beliau tiada pilihan kecuali mengisytiharkan enam kerusi Parlimen tersebut kosong dan seterusnya memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan suatu pilihan raya kecil diadakan,” katanya.

Dewan Rakyat dijadual bersidang selama 15 hari bermula 24 Jun ini hingga 18 Julai.

MENARIK:  Ketua PBB sedih kematian kakitangan di Gaza

Mengulas lanjut, Ronald yang juga ahli Parlimen Beluran berkata, semua sedia maklum, semalam suatu precedent atau duluan kekosongan luar jangka membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri juga sudah diumumkan Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.

“Ia merupakan keputusan tepat mengikut lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan serta selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Susulan pengumuman Mohd Amar itu, SPR dalam kenyataannya semalam turut memaklumkan mesyuarat khas PRK DUN Nenggiri akan diadakan pada Jumaat depan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular