‘Bersih 6 penggal ini jika kerajaan tak laksana reformasi’

Shopee Sale

Bersih akan mengadakan demonstrasi Bersih 6 secara besar-besaran sebelum habis penggal pentadbiran kerajaan Madani jika agenda reformasi yang dikemukakan badan pemantau pilihan raya itu tidak dilaksanakan oleh Putrajaya.

Pengerusi Bersih Faisal Abdul Aziz berkata, dia berharap 10 tuntutan Bersih terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dapat dilunas dalam tempoh penggal pemerintahan kali ini.

"Tapi, keseluruhannya kalau boleh semua itu dilunaskan dalam penggal ini.

"Saya tidak menafikan keperluan untuk kita anjurkan (Bersih 6) kalau tuntutan reformasi itu masih lagi tidak dilayan dan juga kalau tidak ada pentstrukturan reformasi yang benar-benar dibuat oleh kerajaan.

"Malah itu komitmen saya dan juga komitmen bersama untuk kita membawa suara rakyat ke depan dan apa yang kita buat hari ini seperti yang saya sebut ialah untuk kita bina momentum supaya masyarakat bersedia ke arah itu," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Tuntutan Bersih dalam memorandum yang diserahkan kepada perdana menteri bulan lalu ialah; reformasi lantikan ahli dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); menyahklasifikasi Laporan Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya; reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya (EOA); dan reformasi pendanaan politik.

Selain itu, turut dituntut ialah; reformasi persempadanan semula kawasan pilihan raya; pemisahan bidang kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya; moratorium kepada pemberian keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) oleh Peguam Negara dalam kes rasuah; memperkasakan institusi Parlimen Malaysia melalui Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen dan Meminda Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat; dan penggubalan Akta Penggal Tetap Parlimen (FTPA) demi kelangsungan kestabilan politik serta penggubalan Akta Peruntukan Kawasan.

Menurut Faisal, pemisahan kuasa peguam negara dan pendakwa raya serta moratorium DNAA adalah dua tuntutan terpenting Bersih.

Kali terakhir Bersih mengadakan perhimpunan secara besar-besaran ialah pada 19 Nov 2016 melalui himpunan Bersih 5 yang dipimpin Pengerusi Bersih ketika itu Maria Chin.

Bersih 5 ketika itu turut disertai bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad serta Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Bersih 5 diadakan di ibu negara Kuala Lumpur dengan dihadiri puluhan ribu perserta.

Himpunan Bersih 5 mengemukakan lima tuntutan iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, kukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

Ditanya mengenai garis masa yang ditetapkan kepada kerajaan sebelum Bersih mengadakan demonstrasi Bersih 6, Faisal berkata: "Tunggu bila sampai masa. Kita harap media besabar...dan akan ada peranancangan kita akan umum bila sesuai.”

MENARIK:  Op Ramadan KKM periksa bazar Ramadan, hotel di seluruh negara

Memasuki dua tahun pentadbiran kerajaan perpaduan di Putrajaya, Faisal berkata sudah sampai masanya untuk Bersih mendesak supaya kerajaan benar-benar melaksanakan agenda reformasi yang dijanjikan.

Jelasnya Bersih memahami kerajaan di awal pentadbirannya berdepan dengan kekangan apatah lagi ketika itu berdepan cabaran enam pilihan raya negeri.

"Memasuki tahun depan dah dua tahun setengah kerajaan. Dah sampai masanya kita lebih mendesak kerajan agar benar-benar laksanakan agenda reformasi sebab kita faham tahun lepas setahun kerajan ada cabaran PRN jadi isu lebih kepada politik dan isu kestabilan.

"Hari ini kita lihat kerajaan semakin stabil. Bersih sokong kerajaan stabil. Dengan kerajaan stabil agenda reformasi boleh buat. Kita berbalik 2018, antara sebab tidak dapat dilaksanakan reformasi adalah kerana kestabilan dan isu komunikasi.

"Berbalik kepada tempoh, sebab itu kita letak hujung tahun dan awal tahun depan sebab ia sudah memasuki dua tahun dan separuh penggal. Dan itulah timeline Bersih harus desak kerajaan lebih radikal," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular