Bersih cadangkan pengundian awal untuk pengundi Sarawak, Sabah

Shopee Sale

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menimbulkan isu persempadanan dan undi awal dalam pertemuan mereka dengan Timbalan Perdana Menteri II, Fadillah Yusof di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, Bersih juga mengambil peluang pertemuan itu bagi menyerahkan memorandum yang memperincikan agenda reformasi yang dicadangkan, terutamanya dalam isu peruntukan pembangunan kawasan (CDF) ahli-ahli Parlimen.

Menurut Bersih, perbincangan mereka lebih berfokus kepada isu akses pengundian yang menjadi beban kepada ramai pengundi Sabah dan Sarawak yang bekerja atau belajar di Semenanjung Malaysia dan pengundi Semenanjung yang bekerja atau belajar di Sarawak dan Sabah.

“Bersih telah mengusulkan untuk meluaskan undi awal kepada dua kategori pengundi ini bagi meringankan beban pengundi Sabah dan Sarawak, terutamanya kos tiket kapal terbang yang tinggi, hanya untuk menjalankan hak mereka sebagai pengundi.

“Bersih mencadangkan mekanisme di mana pengundi Sabah dan Sarawak yang bekerja atau belajar di Semenanjung (dan sebaliknya) tidak perlu pulang ke kawasan masing-masing semasa hari pengundian dan mengundi di sebuah pusat pengundian mega yang dibuka di setiap negeri di Semenanjung (atau Sabah dan Sarawak bagi pengundi Semenanjung di sana).

“Mereka boleh mengundi seperti pengundi awal tiga hari sebelum hari pengundian biasa dan undi mereka hendaklah dikira pada hari pengundian biasa di pusat pengundian undi awal tersebut, tanpa memerlukan undi mereka dipos ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MENARIK:  Hassan Karim tawar diri jadi peguam Akmal

Menurut Bersih, timbalan perdana menteri memberi respons yang positif dan menyatakan tuntutan itu selari dengan pertimbangan parti-parti di Sarawak kerana kaedah ini amat memudahkan pengundi.

Sehubungan itu, Bersih menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil serius kehendak rakyat, masyarakat sivil dan pembuat dasar supaya segera mempertimbangkan pelaksanaan undi awal sebelum PRN Sabah dan Sarawak pada 2025 dan 2026.

Pada Februari lalu, Bersih turut berjumpa dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan menyerahkan memorandum setebal hampir 30 muka surat dan 10 lampiran kertas kajian terperinci berkenaan cadangan hasil libat urus dan kajian badan pemantau itu untuk memperkukuh transisi demokrasi di Malaysia.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular