Bersih: Speaker terkhilaf memahami mekanisme akta antilompat parti

Shopee Sale

Bersih berpandangan bahawa Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul telah membuat kesilapan dalam menolak tawaran Bersatu untuk mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang keahlian parti mereka telah dilucutkan.

Bersih menegaskan bahawa speaker terhilaf dalam memahami mekanisme undang-undang antilompat dan telah membelakangkan prinsip dan hasrat di sebalik penggubalan akta itu, yang boleh membawa kepada ketidakstabilan politik pada masa hadapan.

“Situasi ini akan menimbulkan polemik mengenai keberkesanan akta ini terhadap matlamat asal demi menjamin kestabilan politik negara,” kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Johari semalam berkata bahawa peraturan Bersatu yang menyatakan keahlian wakil rakyat yang menentang parti akan terhenti bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan Parlimen yang menjamin kebebasan ahli parlimen untuk bersuara, berdebat dan mengundi.

Justeru, dia memutuskan lima daripada enam ahli Parlimen itu tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.

Dalam kes keenam membabitkan ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, Johari enggan membuat keputusan kerana dia telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Bersatu.

Mengulas lanjut, Bersih menyatakan bahawa infografik penerangan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang memaklumkan mekanisme undang-undang antilompat dengan jelas dengan menggambarkan implikasi tidak mematuhi keputusan parti.

Slaid infografik - yang bertarikh sejak November 2022 - memberikan contoh apabila ketidakpatuhan terhadap keputusan parti, mengikut perlembagaan parti, bermakna ahli tersebut dianggap telah bertukar parti dan mesti mengosongkan kerusi mereka.

Mekanisme yang diterangkan dalam infografik itu adalah sama seperti peraturan yang digunakan oleh Bersatu, DAP, Umno dan parti lain untuk menghalang anggota parlimen yang memberontak supaya tidak keluar parti.

MENARIK:  CAP gesa k'jaan tak lagi benarkan kedai makan operasi 24 jam

Dalam satu kenyataan berasingan, Tindak Malaysia turut mengkritik speaker itu, dengan berkata keputusannya boleh membawa kesan berpanjangan.

“Tindak Malaysia amat bimbang dengan keputusan untuk menjejaskan semangat undang-undang anti lompat parti.

“Undang-undang antilompat parti digubal untuk menyediakan kestabilan yang diperlukan kerajaan dan melindungi perananan pembangkang di Parlimen.

“Kami menyeru semua parti dan speaker Dewan Rakyat serta DUN untuk menghormati semangat undang-undang anti lompat parti demi kelangsungan demokrasi kita yang rapuh,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular