Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) sebagai urus setia kepada Lembaga Pengampunan mengesahkan bahawa ia tidak menerima sebarang dokumen tambahan atau adendum daripada pihak Istana Negara.
Menurut kenyataan BHEUU, JPM, tiada dokumen tambahan yang berada dalam fail atau rekod rasmi mereka.
“BHEUU, JPM juga tidak menerima sebarang pemakluman atau arahan rasmi daripada pihak Istana Negara berhubung perkara ini.
“BHEUU, JPM menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai mengenai kedudukan atau perananan Lembaga Pengampunan adalah tidak wajar dan berpotensi mengundang tindakan sewajarnya.
“Langkah ini penting bagi memastikan integriti Lembaga Pengampunan terpelihara serta maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada masyarakat,” katanya.
[Berita penuh menyusul]