Biden: Pembunuhan Haniyeh tak membantu gencatan senjata Gaza

Shopee Sale

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh tidak membantu usaha untuk mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

"Ia tidak membantu," kata Presiden AS itu kepada wartawan lewat Khamis, apabila ditanya sama ada pembunuhan Haniyeh menjejaskan peluang untuk perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Anadolu.

Biden juga berkata beliau telah mengadakan perbincangan "secara berterus terang" dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

"Kami mempunyai asas untuk gencatan senjata. Dia perlu mengambil tindakan, dan mereka perlu bertindak sekarang," katanya.

Israel telah meneruskan serangan udara dan daratnya ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. Sejak itu, hampir 40,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh, dengan wilayah itu telah diratakan dan kebanyakan penduduknya kelaparan dan kehilangan tempat tinggal.

Haniyeh dibunuh semasa lawatannya ke ibu kota Iran, Tehran pada Rabu. Israel tidak mengulas secara langsung mengenai kematiannya.

Pembunuhan itu berlaku sehari selepas Komander Hizbullah, Fouad Shukr, terbunuh dalam serangan udara Israel di pinggir bandar selatan Beirut.

MENARIK:  Bapa tiri bersama anak, rakan didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun

Perbincangan untuk gencatan senjata dan pertukaran tebusan, yang diteruskan melalui pengantara AS, Qatar, dan Mesir, dilihat terhenti selepas serangan di Beirut dan Tehran.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular