Bila 'cikgu' Anwar marah, 'cikgu' Zahid bela saya – Fadhlina

Shopee Sale

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyifatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sebagai gurunya dalam pentadbiran kerajaan Madani.

Fadhlina berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 Tahun 2024 bertemakan Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani di Kuantan hari ini yang disempurnakan Ahmad Zahid.

"Izinkan saya merakamkan setiap yang saya sebut hari ini sebagai guru.

"Pertamanya, Zahid Hamidi, timbalan perdana menteri, terima kasih datuk seri kerana sudi bersama kami pada hari ini.

"Tuan-tuan, puan-puan setiap kali saya dimarahi oleh PM, Datuk Seri Zahid lah yang akan membela saya.

"Jadi saya ada dua tokoh, seorang memarahi kerana mahu saya terus bekerja keras, dan seorang terus membela kerana mahu saya terus menjadi lebih baik.

"Jadi saya ada dua guru yang sangat penting dalam kepimpinan Madani pada hari ini," katanya yang juga ketua Wanita PKR.

Fadhlina turut berterima kasih kepada Zahid atas usahanya dalam program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Timbalan perdana menteri telah menyediakan sokongan dan ekosistem untuk pendidikan TVET kebangsaan, jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina mengumumkan beberapa inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.

Antaranya ialah menyediakan ruang bagi guru meningkatkan kemahiran termasuk menerusi kursus pemerkasaan teknologi khasnya dalam domain Kecerdasan Buatan (AI) dengan nilai RM 1juta dengan menyasarkan 500 guru terpilih di seluruh negara.

Selain itu, Fadlina berkata KPM bekerjasama Apple Professional Learning Specialist Malaysia untuk melatih dan membimbing 100,000 guru untuk diiktiraf sebagai 'Apple Teacher'.

"Seterusnya, dalam konteks memberikan pengiktirafan kepada guru yang melonjakkan usaha beradaptasi dengan teknologi digital semasa, seramai 1,000 orang guru terpilih akan menghadiri kursus dan menerima sijil profesional digital serta diikitiraf sebagai Guru Jauhari Digital KPM," katanya.

MENARIK:  LTAT umum lantik pengerusi, ketua eksekutif baru

Fadhlina berkata pada tahun ini, Program Cuti-Cuti Cikgu (CCC) yang telah dilaksanakan sebelum ini akan melibatkan rakan strategik antaranya Malaysia Airlines, Firefly, Bank Rakyat, Wetland Putrajaya, Air Asia dan Traveloka.

Inisiatif diumumkan hari ini turut melibatkan penyediaan dua geran penerbitan bernilai RM10,000 masing-masing dianugerahkan untuk menerbitkan penulisan berkenaan "Tokoh Guru Madani" dan "Tokoh Kepimpinan Madani”, katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata Indeks Kesejahteraan Guru akan dibangunkan bagi memastikan kesejahteraan guru sentiasa terpelihara dan dibentangkan buat kali pertama pada sambutan hari guru, tahun depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular