‘Bila nak cekup menantu Muhyiddin, Jho Low?’

Shopee Sale

Ahli MKT Umno Mohd Puad Zarkashi menyifatkan pihak berkuasa seakan perlahan dalam bertindak menangkap dan membawa balik penjenayah komersial yang melarikan diri ke luar negara.

"Nampaknya SPRM dan PDRM kena belajar kaedah baru mengesan dan membawa balik penjenayah VIP yang melarikan diri untuk didakwa.

"Intel dua agensi penguatkuasa ini masih ketinggalan dalam bab pelarian komersial taraf VIP," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Puad antaranya menyentuh mengenai kes Adlan Berhan, menantu kepada pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang melarikan diri ke luar negara kira-kira setahun lalu.

Gambar fail, Adlan Berhan.

"Rakyat tidak teruja bila SPRM kata mereka ada petunjuk baru di mana menantu Muhyiddin Yassin bersembunyi.

"Apa yang mereka mahu ialah bila Adlan Berhan akan dibawa balik dan didakwa," katanya.

Puad juga membangkitkan mengenai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Low yang bertahun-tahun dikehendaki atas perananannya dalam skandal 1MDB.

"Jho Low sudah bertahun hidup mewah di luar negara.

"Rakyat jemu mendengar alasan" kata Puad lagi.

Sebelum ini, bekas wartawan Wall Street Journal, Wright dan Hope mendakwa mereka telah menerima banyak maklumat yang menunjukkan bahawa Jho Low berada di China dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

MENARIK:  PM: Kroni jahanamkan syarikat, keputusan tak telus pentadbiran dulu

Antara lain, mereka mendakwa Jho Low dilihat di Disneyland, Shanghai, pada 2019, dan isterinya Jesselynn Chuan Teik Ying memohon untuk menyertai Kelab Kapal Layar Diraja Hong Kong pada 2018.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan itu secara bebas.

Pihak berkuasa telah memfailkan sebanyak 13 pertuduhan terhadap Jho Low walaupun tanpa kehadirannya (in absentia) dan telah memperolehi notis merah daripada Interpol terhadapnya pada 2018.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular