BN takkan tuntut kerusi Kuala Kubu Bharu

Shopee Sale

BN hari ini membuat ketetapan tidak akan menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu di Selangor, ekoran kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong semalam.

Sebaliknya, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu akan menghormati siapa saja calon yang akan diangkat bagi mewakili kerajaan di kerusi terbabit.

“Kita tahu bahawa DUN di Selangor iaitu (kerusi) Kuala Kubu Bharu telah kosong disebabkan Adunnya meninggal dunia.

"Oleh itu kami merasakan bahawa walaupun jumlah pengundi Melayu di Kuala Kubu Baru itu telah meningkat kepada kira-kira 50 peratus, demi hormati kerajaan Madani, saya rasa rakan dalam Umno dan komponen BN harus hormati kerusi itu.

“Siapa sahaja yang dicalonlan pengerusi kerajaan perpaduan insya-Allah jentera Umno bukan sahaja dari Selangor tetapi saya yakin jentera BN terutama dari MCA dan parti Friends of BN akan bersama dengan Umno untuk turun membantu calon berkenaan," katanya ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama Majlis Kerja Tertinggi Umno, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, rasa hormat sesama parti kerajaan perlu diterjemahkan di Kuala Kubu Bharu.

"Mudah-mudahan hubungan yang terjalin ini sama-sama didukung, mantap dan kukuh,” katanya.

Lee menghembus nafas terakhirnya semalam selepas bertarung melawan kanser sejak beberapa lama.

Dia memenangi kerusi Kuala Kubu Baharu sejak 2013 apaila menewaskan Ooi Hui Wen (MCA) dengan majoriti 1,702 undi.

MENARIK:  Zahid syor pihak ketiga nilai inisiatif KKDW

Pada PRN Ogos tahun lalu, Lee mempertahankan kerusi berkenaan dengan menewaskan empat calon lain, termasuk dari PN, Teoh Kien Hong yang merupakan pencabar terdekat.

Mendiang dijarakkan dengan majoriti 4,119 undi.

Ahmad Zahid berkata pendirian BN itu dibuat atas semangat dukungan parti itu kepada kerajaan perpaduan hari ini.

“Kami telah mencapai beberapa (kata sepakat), dan kita terus istiqamah dan mendukung rasa perpaduan dalam kalangan parti komponen kerajaan perpaduan.

"Kita mahu keadilan politik negara terus dipertahankan," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular