Bom di KK Mart: Pemimpin panaskan keadaan tak boleh ‘cuci tangan’, kata MP

Shopee Sale

Ahli politik yang membuat kenyataan bernada "mengapi-apikan" dalam isu KK Mart secara tidak langsung bertanggungjawab dalam insiden bom dibaling di sebuah cawangan kedai serbaneka itu di Perak, menurut Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii.

Yii berkata serangan seumpama itu tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, sebuah negara yang dikatakan aman dan sederhana dengan semua kaum belajar untuk hidup secara harmoni.

"Keadaan ini secara tidak langsung disebabkan keadaan semasa di mana pemimpin tertentu yang memilih untuk mengapi-apikan perpecahan dan memburukkan masalah...berbanding mencari penyelesaian yang membina.

"Mereka tidak boleh 'cuci tangan' daripada perkara ini dan secara tidak langsung bertanggungjawab sehingga keadaan memburuk ke tahap sekarang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Walaupun tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus, antara yang lantang bersuara mengecam KK Mart adalah Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh.

Akmal hari ini turut mengecam insiden itu dengan menyifatkannya sebagai "tindakan melampau", namun pada masa sama menggesa boikot terhadap kedai serbaneka itu diteruskan.

MENARIK:  Razali jahil undang-undang, perlembagaan Bersatu - MP Bukit Gantang

[Berita lanjut menyusul]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular