Bos The Edge nafi terlibat dalam konspirasi jatuhkan Najib

Shopee Sale

Pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong, mengulangi penafian bahawa dia terlibat dalam sebarang konspirasi politik untuk menjatuhkan Najib Razak ketika skandal 1MDB berada di kemuncaknya.

Dalam tulisan disiarkan dalanm edisi terkini akhbar bines itu, mengulas dakwaan yang dikatakan dibuat dalam buku karangan wartawan perniagaan, Leslie Lopez, berjudul The Siege Within.

Antara lain, Lopez dilaporkan mendakwa Tong dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Ho Kay Tat, merupakan sebahagian daripada kumpulan konspirator yang menggunakan 1MDB untuk menjatuhkan Najib ekoran keengganan ahli politik terbbabit memberikan lesen akhbar harian kepada mereka.

Tong berkata perhatian bilik berita The Edge tertarik kepadaa skandal 1MDB pada akhir 2012 dan mula menimbulkan persoalan mengenai urus niaga yang meragukan membabitkan dana negara itu pada awal tahun berikutnya.

Kemudian, katanya, pada 2014 ahli perniagaan yang kini menjadi buruan polis, Low Taek Jho - atau Jho Low - menghantar mesej kepada The Edge melalui Lopez agar "berhenti mempersoalkan 1MDB".

“Kami tahu Leslie (Lopez) telah berhubung rapat dengan Low, yang bukan sesuatu yang jelik jika ia digunakan sebagai sumber maklumat.

"Tetapi Low adalah watak utama dalam penipuan itu dan pembohong kompulsif yang juga dengan berani melemparkan wang kepada orang yang dia rasa akan berguna kepadanya, seperti yang ditunjukkan oleh kes mahkamah di Malaysia dan AS, dan bukti dokumentari lain," tulis Tong.

Keadaan itu, dakwanya lagi, akhirnya membawa kepada pemisahan The Edge dengan Lopez - yang diberikan bayaran yang banyak atas sumbangannya kepada syarikat terbabit.

Berikutan perpisahan itu, dakwa Tong lagi, Lopez meremehkan laporan disiarkan The Edge mengenai 1MDB.

“Kami memilih untuk mengabaikannya. Lagipun kami berkawan baik dan jarang berpisah, jadi saya dan Ho menganggap ia sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup.

“Oleh itu, sangat menyakitkan untuk membaca ketidakbenaran dan dakwaan Leslie (Lopez) tentang kami dalam bukunya 'The Siege Within' - bahawa kami adalah sebahagian daripada kumpulan konspirator yang menggunakan 1MDB untuk menjatuhkan Najib kerana dia tidak memberi saya lesen akhbar harian.”

Tong berkata jika dia "tidak bertanggungjawab" seperti yang dikatakan Lopez, dia boleh meminta beberapa konsesi kerajaan yang lumayan kepada Najib sebagai balasan untuk menjauhkan diri daripada skandal 1MDB, tetapi itu tidak dilakukannya.

MENARIK:  'SPRM tak boleh paksa, tapi harapkan kerjasama Wan Saiful'

Tong terus menolak dakwaan Lopez dalam buku itu bahawa artikel yang ditulisnya pada Julai 2013 adalah "pendedahan besar" pertama mengenai skandal 1MDB.

Dalam berbuat demikian, katanya, The Edge Weekly pada 1 April 2013 menyiarkan cerita muka depan mengenai skandal itu ketika semua media arus perdana lain memberikan imej yang baik kepada 1MDB dan Jho Low sendiri.

Malah. kata Tong, portal berita KiniBiz menyiarkan artikel yang mempersoalkan 1MDB sebelum laporan dibuat Lopez.

“Mengapa Leslie (Lopez) begitu terdesak untuk menuntut sesuatu yang bukan haknya? Adakah kerana superiority complexnya (perasaan lebih baik berbanding orang lain)?

"Adakah dia sakit hati kerana ditinggalkan (atas sebab yang paling diketahui oleh dirinya sendiri) manakala orang lain bekerja tanpa henti untuk mendedahkan skandal kewangan terbesar Malaysia, dan merupakan kisah global yang besar?

“Sesiapa yang telah membaca beberapa artikel yang ditulisnya selepas dia kembali bekerja untuk ST (The Straits Times) pada 2016 akan menyedari betapa lembutnya dia terhadap Jho Low.

"Ini bukan Leslie (Lopez) yang ramai antara kita kenali,” katanya.

[Baca laporan penuh]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular