‘Buat ujian BM di wad bersalin?’ – Surendran bidas Akmal

Shopee Sale

Bekas ahli parlimen N Surendran membidas Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh berhubung cadangan mewajibakan penguasaan Bahasa Melayu sebagai syarat untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia.

Menyifatkan cadangan itu sebagai "tidak logik", Surendran berkata kewarganegaraan Malaysia ditentukan pada masa kelahiran dan bergantung kepada kewarganegaraan ibu bapa.

Peguam itu turut menyarankan Akmal yang merupakan seorang doktor perubatan membaca Perlembagaan Persekutuan bagi mengasah pengetahuan mengenai kewarganegaraan.

Dalam nada sarkastik, Surendran, yang menyiarkan komennya di laman X petang semalam, bertanya: “Jadi bila nak buat ujian BM? Masa baru lahir di wad bersalin? Lepas potong tali pusat?”

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Akmal berkata Pemuda Umno mahu kerajaan atau pembangkang memfailkan usul di parlimen untuk meminda undang-undang bagi mewajibkan penguasaan bahasa Melayu sebagai satu syarat sebelum memperoleh kerakyatan.

“Jika warga Bangladesh yang datang ke Malaysia boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, bagaimana seseorang boleh menggelarkan diri mereka sebagai warganegara tetapi tidak bercakap dalam bahasa itu?”

“Pemuda Umno akan menggunakan saluran yang ada untuk memastikan usul ini dibentangkan dan dijadikan undang-undang di negara ini,” katanya.

Akmal berkata demikian ketika mengulas kes seorang pegawai imigresen baru-baru ini yang enggan memperbaharui pasport seorang wanita di Pulau Pinang kerana tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.

MENARIK:  Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Ruslin berkata pegawai imigresen tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Isnin lalu, seorang lelaki meluahkan kekecewaannya di media sosial selepas gagal memperbaharui pasport ibunya di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Komtar, Pulau Pinang, kerana tidak boleh berbahasa Melayu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular