Bukan saja cukai, GISBH juga tak pernah bayar zakat

Shopee Sale

GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk 20 anak syarikat di bawahnya bukan sahaja tidak membayar cukai tetapi tidak pernah membayar zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Divisyen Kutipan LZS, Muhd Fikri Naim Harun, lapor Sinar Harian.

"Saya boleh sahkan selepas semakan dibuat, GISBH termasuk anak-anak syarikat tersenarai di bawahnya tidak pernah membayar sebarang zakat di LZS.

"Kita tidak dapat membuat anggaran jumlah zakat yang perlu dibayar memandangkan LZS tiada maklumat aset dan liabiliti syarikat tersebut untuk membuat kiraan," katanya ditemui pada Karnival Zakat Selangor di Dataran Karnival pekarangan Stadium Shah Alam di Shah Alam pada Sabtu.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas status pembayaran zakat GISBH di LZS.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata kerjasama polis dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan.

Sementara itu Muhd Fikri berkata GISBH tidak pernah tercicir diberikan dakwah kutipan daripada LZS.

"Dakwah LZS pergi ke merata tempat dan tidak terkecuali pergi ke syarikat di bawah GISBH untuk menjalankan dakwah kutipan," katanya.

Ujarnya, di bawah peraturan zakat dan fitrah Enakmen Jenayah Syariah, seseorang individu yang dengan sengaja atau tidak membayar zakat ke LZS boleh dijatuhkan tiga tahun penjara atau RM5,000.

MENARIK:  Belanjawan 2025: Usahawan harap tambah program, insentif, geran digital

"Bagaimanapun, LZS tidak boleh menguatkuasakan undang-undang itu sekarang kerana dinasihatkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meneruskan aktiviti dakwah.

"Kita masih mengekalkan 'h' di belakang dakwah sehingga dibenarkan menggugurkan 'h', kemudian barulah LZS boleh dakwa," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular