Buli siber: K'jaan akan perkenal undang-undang lebih tegas – PM

Shopee Sale

Kerajaan akan memperkenal undang-undang lebih tegas bagi menangani isu buli siber yang dilihat semakin membimbangkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata rang undang-undang berkaitan perkara itu dijangka dibentang pada sesi Parlimen akan datang.

“Kita akan perkenalkan undang-undang buli siber yang lebih tegas... dan saya ada minta badan-badan seperti MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), PDRM (Polis Diraja Malaysia) ambil tindakan maksimum yang mungkin, jangan tolak ansur,” katanya pada program Temu Anwar di Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di tapak Parkir Gravitas Jalan Baru Prai di Bukit Mertajam hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Kounikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Anwar berkata meskipun Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara namun isu buli tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberi impak psikologi seperti penderaan mental sehingga berupaya mengancam keselamatan serta nyawa seseorang dan tindakan tegas perlu diambil bagi mengatasinya.

MENARIK:  Penjawat awam Johor terima insentif khas dua bulan gaji - MB

“Kebebasan bukan untuk kamu dera orang. Kebebasan bukan untuk kamu menghina orang, mengaibkan orang… meskipun Malaysia memperjuang kebebasan dan keadilan, negara ini tidak akan sesekali membiarkan sebarang bentuk penindasan, penghinaan serta penderaan berlaku,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular