Bunuh, bakar kekasih hamil: Tertuduh dibenar rujuk psikiatri

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi di Klang hari ini membenarkan permohonan seorang pemuda didakwa membunuh kekasihnya yang hamil pada tahun lepas, dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.

Kebenaran itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mohd Hirman Ab Raub selepas mendengar permohonan dibuat pihak pembelaan tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21.

Peguam Muhammad Nor Tamrin berkata sebelum ini, pihaknya mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar pada September 2023, namun ditolak.

“Majistret ketika itu berpandangan bahawa ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya untuk didengar dan diputuskan.

"Permohonan merujuk anak guam saya kepada pakar psikiatri bagi pemantauan lanjut itu dibuat mengikut peruntukan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Rosnee Mohd Radzuan tidak membuat sebarang bantahan berhubung permohonan yang dibuat pihak pembelaan menerusi prosiding sebutan kes itu hari ini.

Mohd Hirman kemudian menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan psikiatri dan dokumen lain.

Mahkamah Majistret Sungai Besar pada 21 Mac lepas, memerintahkan kes Muhammad Fakrul Aiman yang didakwa membunuh seorang wanita hamil di Jalan Sungai Limau di Sungai Besar, Sabak Bernam dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang.

Pada 1 Jun tahun lepas, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

MENARIK:  Lelaki didakwa muat naik komunikasi jelik pada Raja Perlis dirujuk ke psikiatri

Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang hamba restoran dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau pada 22 Mei tahun lepas.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular