Calon BN pertahan OKU, bukan bergaduh – Zahid

Shopee Sale

PRK MAHKOTA | Calon BN Syed Hussien Syed Abdullah sebenarnya mempertahankan individu OKU dan tidak ditahan polis kerana terlibat dalam pergaduhan suatu ketika dahulu, menurut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid mengulas Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badul Hisham Shaharin yang meninta penjelasan berhubung dakwaan ada laporan polis yang menunjukkan Syed Hussien pernah ditahan kerana terlibat dalam perkelahian.

Dia berkata Syed Hussien, 40, tiada rekod jenayah dan tidak dihadapkan ke mahkamah ekoran insiden itu.

“Pembangkang telah ketandusan isu maka mereka mencari isu peribadi untuk menghilangkan keyakinan pengundi terhadap Syed Hussien.

“Mungkin kerana tiada sambutan untuk calon mereka, maka mereka cuba mengganggu calon kita,” katanya.

Syed Hussien Syed Abdullah

Terdahulu, Badrul menggesa ibu pejabat polis daerah (IPD) Kluang memberi penjelasan berkenaan dakwaan itu.

“Penjelasan sangat penting kerana pengundi perlu tahu kerana seorang yang punya rekod terkait jenayah keganasan tidak layak menjadi wakil rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Badrul juga mendakwa memiliki dokumen siasatan untuk kes itu.

“...Namun jika saya dedahkan (dokumen) saya mungkin melakukan kesalahan dedah dokumen sulit kerajaan, kerana dokumen siasatan boleh diklasifikasi sebagai rahsia. Maka kita desak penjelasan,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN Johor Noor Azleen Ambros turut mempertahankan Syed Hussien.

“Kami benar-benar yakin dan memberi seluruh kepercayaan dalam tapisan nama (senarai calon) dan semakan latar belakang, yang dibuat secara terperinci oleh ibu pejabat BN dan Umno.

MENARIK:  Hukuman mati dibatal, wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun

“Tambahan pula, Syed Hussien bukan satu-satunya nama yang dipertimbang kepimpinan tertinggi parti. Jika ada ‘red flag’, ada ramai lagi calon yang boleh dipilih,” katanya kepada Malaysiakini.

Syed Hussien berdepan dengan Haizan Jaafar yang mewakili PN, dengan pengundi akan membuat pilihan mereka Sabtu ini.

PRK Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya daripada Umno, Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular