Calon kerajaan perpaduan di Sg Bakap dah diputuskan

Shopee Sale

PRK SG BAKAP | Kerajaan perpaduan sudah memuktamadkan calon yang akan mewakili mereka dalam pilihan raya kecil yang diadakan tidak lama lagi.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Asyraf Wajdi Dusuki berkata identiti calon terbabit akan diumumkan secara rasmi pada malam esok.

Katanya keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya hari ini dan melibatkan pimpinan tertinggi PH dan BN.

"Calon yang akan mewakili kerajaan perpaduan pada PRK berkenaan telahpun dimuktamadkan dan akan diumumkan secara rasmi pada 12 Jun jam 9 malam," katanya.

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung Umno menambah Rafizi Ramli dan Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai pengerusi bersama jawatankuasa induk jentera pilihan raya kerajaan perpaduan.

PRK Sungai Bakap diadakan ekoran kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lalu selepas lebih tiga minggu dirawat di di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.

Dalam pilihan raya negeri yang diadakan pada 12 Ogos tahun lalu calon PAS yang mewakili PN itu mengalahkan Nurhidayah Che Ros dengan perbezaan 1,563 undi.

MENARIK:  Suruhanjaya: Tiada laporan kesan sampingan vaksin AstraZeneca di Indonesia

Nor Zamri memperoleh 15,433 undi manakala Nurhidayah 13,870 undi.

[Laporan lanjut menyusul]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular