Calon PH lancar manifesto minggu depan

Shopee Sale

Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu minggu depan.

Bekas setiausaha akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, ketika ini manifesto berkenaan masih di peringkat peranancangan serta penelitian.

“Apabila sudah dilancarkan nanti, seluruh jentera akan bekerja keras bagi memastikan masyarakat di sini tahu dan mempunyai maklumat mengenai apa tawaran yang kita akan berikan kepada mereka.

“Semestinya ini juga satu cabaran kerana penyandang (mendiang Lee Kee Hiong) menjalankan tugas dengan baik dan amat aktif dengan kegiatan masyarakat di sini. Jadi selain tawaran manifesto, saya akan berusaha untuk kekalkan momentum itu termasuk hubungan baik dengan semua ketua kampung dan ahli majlis demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pang berkata demikian pada sidang media selepas menyertai Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo ke Majlis Penyerahan Borang Penubuhan Cawangan DAP Melayu yang baru di pusat khidmat Adun Kuala Kubu Baharu di situ, hari ini.

Ditanya mengenai penerimaan pengundi Melayu di kawasan DUN itu kepadanya yang mewakili kerajaan perpaduan, Pang berkata sambutan mereka amat baik.

“Setakat ini, saya sudah ke kawasan Melayu di sekitar Batang Kali dan sambutan mereka amat baik malah banyak memberikan ucapan, kata-kata semangat dan galakan sekali gus memberi keyakinan kepada saya untuk mempertahankan kerusi ini,” katanya.

Mengulas mengenai status sebagai calon bukan anak tempatan, Pang berkata ia tidak menjadi isu kerana Kuala Kubu Bharu bukanlah asing baginya kerana pernah mengikuti gerak kerja Lee termasuk menyantuni masyarakat di kawasan itu.

MENARIK:  Biar Sanusi jaga projek bilion ringgit, saya jaga projek kecil - Saifuddin

“Saya pun orang Selangor, belajar pun di Selangor, hati saya pun sudah ditawan dengan keindahan Kuala Kubu Bharu ini... cuma cabaran kita ketika ini ialah untuk menarik pengundi luar untuk pulang mengundi,” katanya.

Pang ditentang tiga pencabar iaitu pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut mewakili PN, Hafizah Zainuddin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK itu diadakan susulan kematian Lee, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 11 Mei dan 7 Mei sebagai pengundian awal.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular