Cawangan DAP Melayu: Calon PN tak gentar, tak beri kesan

Shopee Sale

PRK KKB l Perikatan Nasional (PN) tidak gentar dengan penubuhan cawangan DAP Melayu yang baru semalam, kerana ia tidak membabitkan pengundi dalam kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut, 54, mendakwa perkara itu tidak akan memberikan kesan berikutan penubuhan cawangan itu hanya membabitkan pengundi yang terletak dalam DUN Batang Kali.

“Pada saya berkenaan tentang penubuhan cawangan DAP Melayu semalam, cawangan itu pun tidak melibatkan pengundi di  Kuala Kubu Bharu.

“Pada saya tak memberi kesan sangat untuk pilihan raya kecil di DUN KKB. Cawangan itu melibat di DUN Batang Kali jadi saya rasa tidak ada sangatlah untuk kesan kita di DUN KKB,” katanya ketika bertemu mesra dengan orang ramai di Pekan Kuala Kubu Bharu, pagi ini.

Semalam, sekumpulan 50 belia menyerahkan borang penyertaan DAP serta penubuhan DAP Melayu Cawangan Jalan Kemboja di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Bharu.

PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru. Selain Khairul Azhar, Pakatan Harapan mempertaruhkan calon dari DAP, Pang Sock Tao manakala Parti Rakyat Malaysia meletakkan h Hafizah Zainudin. Turut bertanding adalah seorang calon bebas, Nyau Ke Xin.

Pilihan raya kecil ini adakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Lee menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, PRM dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan meraih majoriti undi sebanyak 4,119.

Kuala Kubu Bharu adalah kerusi kawasan pilihan raya campuran, dengan pengundi Melayu mewakili 46 peratus, pengundi Cina 30 peratus, pengundi India 18 peratus, dan lain-lain enam peratus.

MENARIK:  Lebih banyak kaunter Padu dibuka menjelang tarikh akhir pendaftaran

Mengulas lanjut, Khairul Azhari berkata, selepas dua hari berkempen, penerimaan majoriti penduduk yang dilawati khususnya Kuala Kubu Bharu menerima PN dengan amat baik.

"Saya lihat selepas dua hari, alhamdulillah suasana pilihan raya cukup menceriakan, penerimaan majoriti penduduk yang kita lawati menerima PN dengan amat baik.

"Kita akan terus mendampingi semua kaum, tidak kira kaum bangsa dan agama sebaik mungkin di samping membawa isu dekat dengan rakyat.

"Kita tidak boleh membawa isu yang mungkin menyentuh pihak sana, yang boleh dilakukan ialah menyantuni semua rakyat seperti PN menjadi kerajaan, semua dapat (bantuan) tidak siapa tanpa mengira bangsa, fahaman politik.

"Justeru, kita akan meyakinkan pengundi dengan kaedah sebegini," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular