Cemas seketika – Loke batuk, tercungap-cungap

Shopee Sale

PARLIMEN l Menteri Pengangkutan Anthony Loke mencetuskan situasi mencemaskan di Dewan Rakyat hari ini apabila percakapannya tersekat-sekat dan tercungap ketika menjawab soalan.

Sambil menepuk dada beberapa kali, Loke kemudian duduk untuk berehat sambil memberi isyarat kepada timbalannya, Hasbi Habibollah yang turut berada di dalam Dewan Rakyat untuk meneruskan sesi itu.

Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang prihatin menasihatkannya supaya menjalankan pemeriksaan kesihatannya di hospital.

“Relaks dulu Yang Berhormat (YB), kena periksa di hospital. Bahaya, bahaya,” katanya.

Malaysiakini difahamkan bahawa Loke sesak nafas kerana dia berlari dari keretanya ke Dewan Rakyat, kerana dia adalah menteri pertama mengikut jadual untuk menjawab soalan pertama.

Loke dilaporkan terperanangkap dalam kesesakan lalu lintas akibat hujan lebat di Lembah Klang pagi ini.

Selepas berehat sebentar, Loke mengambil alih semula tugas tersebut daripada timbalannya dan menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Wong Chen (PH-Subang) berhubung maklumat terkini kes pemandu e-hailing kurang upaya yang didakwa diserang oleh pengiring pemangku sultan Johor.

MENARIK:  Seorang lagi sertai mogok lapar anti-Blackrock

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular