Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perniagaan Peladang (Mada) Sdn Bhd Abdullah Ismail membuat permohonan maaf terbuka kerana tidak bersalam dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.
Berdasarkan video yang tular, Mohamad dalam lawatan kerja di Kedah, kelmarin menghulurkan tangan kepada Abdullah tetapi dia hanya tersenyum tidak menyambut salamnya.
Bagaimanapun, Abdullah menjelaskan dia telah bersalam dengan Mohamad sebaik sahaja dia keluar dari kereta.
“Ketika mengiringi YBM KPKM bersalaman dengan pegawai lain, beliau telah menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman dengan dengan saya.
“Oleh kerana saya telah bersalaman dengan beliau sebelum itu, saya jadi terkedu dan saya terkhilaf kerana tidak bersalaman sekali lagi dengan beliau,” katanya.
Dia justeru berharap “salah faham” itu diterima oleh semua pihak yang terasa dengan perbuatan saya.