Chan Ming Youn – dari akauntan jadi komando

Shopee Sale

"Saya mahu berkhidmat untuk negara."

Ini jawapan Chan Ming Youn ketika ditanya seorang pegawai kanan tentera kenapa dia menyertai tentera.

Chang antara yang berjaya menamatkan latihan asas komando selama 12 minggu.

Dalam video yang dikongsi oleh Tentera Darat Malaysia, Chan, ketika disoal pegawai itu, berkata dia berasal dari Setapak, Kuala Lumpu, dan memiliki ijazah perakaunan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).

Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah menganugerahkan beret hijau dan pisau komando kepadanya..

"Kita tidak ada (komando dari kalangan orang) Cina lama dah," katanya sambil menepuk bahu Chang dan mengucapkan tahniah.

Dalam temu bual kemudian, Chan, yang gembira dengan kehadiran ibu bapanya pada majlis itu berkata dia adalah anggota pasukan simpanan Askar Wataniah 515.

"Saya tidak ada pengetahuan pun tentang komando. Mula saya berkhidmat dalam 515 Askar Wataniah di situlah pijak dalam dunia ketenteraan ini.

“Saya dapatlah sikit ilmu, pengalaman dan pengetahuan tentang dunia ketenteraan.

MENARIK:  NGO mahu PM buktikan 'anak Cina anak saya, anak India anak saya'

“Selepas itu saya dikenalkan dengan komando.

"Jadi saya hendak cabar diri saya untuk masuk komando dan tunjukkan diri saya bahawa walaupun asal saya anggota wataniah, saya pun boleh jadi seorang komando,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular