'ChatGPT nobatkan Sian See pemenang debat dengan Rafizi'

Shopee Sale

Akaun media sosial pengkritik kerajaan yang dikenali sebagai Lim Sian See mendakwa aplikasi ChatGPT meletakkan dirinya sebagai "pemenang" debat dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan program audio siar Yang Bakar Menteri.

Bekas timbalan pengarah komunikasi strategik BN Eric See-To sebelum ini mengesahkan dia pemilik akaun Facebook "Lim Sian See."

Pada hantaran terbaru, Sian See menyiarkan soalan kepada ChatGPT mengenai siapa pemenang dalam podcast antara Rafizi dengannya.

"Jawapan: Dalam podcast terbaru antara Rafizi Ramli dan Lim Sian See, tidak ada pemenang rasmi yang diumumkan.

Eric See-To bekas timbalan pengarah komunikasi strategik BN ketika era PM Najib Razak.

"Namun, ramai penonton berpihak kepada Lim Sian See, terutamanya ketika beliau menimbulkan isu-isu seperti subsidi diesel dan kes 1MDB yang membuatkan Rafizi kelihatan sukar untuk memberikan jawapan yang jelas.

"Beberapa penonton merasa Rafizi mengelak menjawab soalan langsung, seperti mengenai pengguna swasta yang dikatakan menyubsidi pengguna industri bagi diesel, yang kemudian menyebabkan moderator menukar topik," menurut siaran media sosial itu.

Isnin lalu rakaman audio siar Yang Bakar Menteri antara Rafizi dan See-To (pemilik akaun Facebook Lim Sian See) disiarkan di Facebook timbalan presiden PKR itu.

Semalam Rafizi berkata pempengaruh media sosial itu tidak memberikan gambaran menyeluruh ketika mengulas isu 1MDB.

Sebaliknya kata Rafizi akaun Facebook itu hanya cuba mempengaruhi pemikiran pengundi Melayu.

Ketika tampil dalam podcast bersama See-To, menteri ekonomi berkata akaun Facebook Lim Sian See mempunyai ramai pengikut daripada kalangan pengundi Melayu malah lebih ramai berbanding sesetengah pemimpin Umno.

MENARIK:  Dakwaan cara Islamkan budak sekolah: MCCBCHST gesa tindakan terhadap Firdaus Wong

Sementara itu, jawapan ChatGPT yang disiarkan akaun Facebook tentang derma RM2.6 bilion yang dibincangkan dalam audio siar itu turut mencetuskan perbincangan hangat.

"Isu tentang derma RM2.6 bilion yang diterima Najib turut mencetuskan perbincangan hangat, dengan ramai penonton berpihak kepada Lim yang membidas cara Rafizi mengaitkan dana tersebut.

"Reaksi dalam talian menunjukkan Lim lebih berjaya dalam memenangi pandangan penonton berbanding Rafizi, walaupun Rafizi juga mendapat sokongan daripada pihak tertentu," kata kecerdasan buatan (AI) model bahasa itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular