China guna robot anjing ganti manusia untuk perang

Shopee Sale

China mempamerkan robot seperti anjing bersenjatakan senapang untuk tujuan ketenteraan.

Rekaannya hampir sama seperti robot dalam rancangan dystopian Black Mirror, tetapi bezanya ia digunakan untuk peperanangan cara moden.

Menurut laporan CNN, sewaktu latihan ketenteraan bersama Kemboja, robot itu dilengkapi dengan senapang automatik di atas belakang untuk menembak musuh.

“Ia berfungsi sebagai anggota baru dalam operasi pertempuran iaitu menggantikan anggota (manusia) kami untuk melakukan tinjauan serta mengenal pasti musuh untuk menyerang sasaran,” kata seorang askar yang dikenali sebagai Chen Wei dalam video yang disiarkan oleh CCTV.

Video dua minit semasa latihan bersama China dan Kemboja menunjukkan robot itu berjalan, melompat, berbaring dan bergerak ke belakang dengan bantuan alat kawalan jauh.

Penggunaan tentera anjing robot dan dron bukan suatu benda baru untuk tujuan ketenteraan.

Pada tahun 2020, Tentera Udara Amerika Syarikat menunjukkan bagaimana mereka menggunakan robot anjing dalam Sistem Pengurusan Pertempuran Lanjutan (ABMS), yang menggunakan kecerdasan buatan untuk menganalisis data dengan pantas bagi melawan ancaman terhadap asset tentera AS.

Sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022, dron menjadi keperluan di medan peranang sama ada di darat, laut dan udara.

China merupakan salah satu pengeksport dron terkemuka di dunia, tetapi pada tahun lepas Amerika Syarikat mengenakan kawalan eksport ke atas teknologi dron, dengan alasan keperluan untuk memelihara keselamatan dan kepentingan negara.

MENARIK:  Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 17 Jun

Kehadiran anjing robot dalam latihan ketenteraan menunjukkan suatu tahap pembangunan yang maju.

“Biasanya, peralatan baru tidak akan dibawa ke dalam latihan bersama dengan negara lain, jadi robot anjing ini semestinya telah mencapai tahap kematangan teknikal tertentu,” kata seorang pakar yang tidak mahu mendedahkan maklumat dirinya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular